Mencantikkan Kulit
Mengurut muka bersama garam semulajadi akan menghindarkan bintik hitam dan jerawat. Kerana ianya akan membersihkan muka dan mengeluarkan kotoran melalui peluh.
Sekiranya garam semulajadi disapukan kepada kulit selama 2-3 hari, kita akan dapati kulit menjadi lebih licin dan cantik.
Masalah Kaki berbau
Ianya berpunca daripada kuman dan parasit pada kulit. Ini biasa berlaku kepada kaki yang mudah berpeluh atau pemakaian kasut sepanjang hari pembiakan kuman berlaku dalam keadaan lembab.
Sejak zaman dahulu lagi,, manusia menggunakan garam untuk membasmi kuman. Sayuran dan ikan diawet menggunakan garam untuk tahan lebih lama.
Kita boleh sapukan garam semulajadi kepada kaki yang berbau, selepas 2-3 minit, bersihkan. Amalkan selama seminggu, kaki tidak akan berbau lagi.
Melalui perbincangan dan penerangan diatas, kita dapat memahami keistimewaan garam semulajadi. Walaupun penerimaan masyarakat yang biasa menggunakan garam buatan adalah sukar, namun apa yang dipersembahkan adalah fakta yang tidak mungkin dapat disanggah kebenarannya.
Pada abad ini, perubatan tradisional Cina mendapat sambutan dan semakin mendapat perhatian daripada dunia perubatan barat. Ini disebabkan oleh tiada penemuan baru terhasil daripada kajian perubatan barat. Tambahan pula kesan daripada perubatan barat hanya dapat disahkan selepas menjalani pelbagai kajian dan ujian. Dalam tempoh ini, sudah pastinya ramai pesakit runsing tentang keadaan kesihatan masing-masing.
Cara penyelesaian pertama adalah bergantung kepada penemuan ubat baru yang tidak diketahui keberkesanannya, dan cara penyelesaian kedua adalah makanan daripada alam semulajadi untuk memperbaiki kesihatan badan.
Sekiranya anda menghidapi penyakit, cara penyelesaian yang manakah menjadi pilihan anda ?
Pengambilan ubat-ubatan akan pastinya membawa kesan sampingan. Semakin tinggi kesan terhadap badan semakin tinggi jugalah kesan sampingan yang bakal kita hadapi.
Garam semulajadi boleh disifatkan sebagai mengandungi unsur ubatan. Amalan dan cara penggunaan pada dos yang betul tidak akan membawa apa-apa kesan sampingan. Jika terdapat kesan sampingan, maka ianya merupakan kesan sampingan yang baik. Garam semulajadi tidak akan membawa sebarang kesan sampingan kepada semua penyakit. Kenapa ini boleh terjadi ?
Ini adalah disebabkan semua kehidupan di bumi berasal daripada lautan.
No comments:
Post a Comment