14 July 2010

TERAPI GARAM

Terapi Mengurangkan Garam

Tekanan darah dibahagikan kepada 2 jenis, Pertama diwarisi daripada keturunan dan kedua, daripada masalah buah pinggang, perubahan hormon atau kegemukan.

90 % daripada pesakit tekanan darah tinggi adalah daripada golongan yang pertama. Ianya tidak boleh diturunkan atau disembuhkan dengan mengurangkan pengambilan garam.

10 % lagi adalah daripada golongan kedua. Bagi golongan ini, pengurangan pengambilan garam memberikan kesan buat mereka.

Garam buatan tidak mengandungi kalium yang dapat mengawal tekanan darah tinggi berbanding garam buluh selain kaya dengan dengan berbagai mineral yang lain.

Mari kita bincangkan sedikit tentang keburukan mengurangkan pengambilan garam.

Garam merupakan mineral yang amat penting dalam mengekalkan tenaga untuk badan, kita perlu mengawal kandungan garam dalam badan kita.

Kekurangan garam akan memberikan masalah pada badan. Manusia terbentuk daripada sel. Untuk membolehkan sel berfungsi secara optimum, vitamin dan garam diperlukan.
2 tanda kekurangan garam adalah :

1. Kekurangan tenaga.
2. Lemah
3. Keletihan

Mengurangkan pengambilan garam akan menjadikan kita sentiasa berasa keletihan dan mengantuk. Apabila ianya semakin serius, kita akan berasa kebas seluruh badan.

Kesimpulan daripada pengurangan pengambilan garam untuk merawat atau mencegah darah tinggi akan membawa kesan sebaliknya. Kita mungkin membahayakan kesihatan kita dan keluarga.

Ini disebabkan garam merupakan komponen utama dalam badan kita. Seorang askar Filipina tidak makan dan minum selama beberapa hari telah sampai ke pinggir sebuah pantai. Apa yang dia lakukan ? Berenang ? Menangkap ikan ? Atau mencari rumpai laut untuk dimakan ?

Sebenarnya dia minum air laut sehingga kenyang. Keadaan ini sukar untuk digambarkan. Kita pernah terminum air laut dan rasanya amat masin. Tetapi bagi mereka yang kelaparan dan kehausan, air laut merupakan makanan dan minuman yang cukup enak !

Ini kerana air laut mengandungi garam dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Nasihat kami, hentikan pengambilan garam buatan yang murah tetapi mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan, bertukarlah kepada Garam buluh Hai-O Biosalt, kerana ianya adalah garam sebenar yang badan perlukan, dan ianya juga adalah titik permulaan kepada penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

GARAM DAN TEKANAN DARAH TINGGI

2.3 HUBUNGAN PENGAMBILAN GARAM DAN TEKANAN DARAH TINGGI

Semenjak tekanan darah tinggi dan pengambilan garam dikaitkan secara serius, kebanyakkan negara-negara diseluruh dunia telah menggantikan tabiat pemakanan dengan mengurangkan garam.

Adakah fakta dan cara ini benar ?

Pakar dalam bidang tekanan darah dan jantung dari Jepun memberikan pendapat berdasarkan kajian beliau iaitu 100 orang yang mengurangkan pengambilan garam demi menurunkan tekanan darah hanya 2-3 orang sahaja yang berjaya. Bakinya adalah penghidap penyakit tekanan darah tinggi yang tidak bergantung dengan garam.

Hasil daripada pengurangan pengambilan garam hanya membawa penurunan sebanyak 1-2 µm daripada 100 µm tekanan darah. Paksaan terhadap penurunan tekanan darah hanya akan membawa kesan yang lebih buruk.

Formula [ Penghidap Tekanan Darah Tinggi = Kurangkan pengambilan garam ] adalah keputusan hasil daripada ujikaji yang dijalakan terhadap tikus. Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Amerika.

Beliau telah memberikan 20g – 30g garam kepada 10 ekor tikus dengan melarutkan garam dalam air minuman berkepekatan 0.01%. Selepas 6 bulan, didapati 4 ekor tikus telah dijangkiti tekanan darah tinggi.

Keputusan daripada ujikaji ini telah mempengaruhi kajian seterusnya. Seorang pakar telah menjalankan ujikaji berkaitan hubungan antara kuantiti pengambilan garam dan bilangan penduduk yang menjangkiti tekanan darah tinggi di Jepun. Beliau telah mendapat keputusan bahawa [ kuantiti pengambilan banyak = tekanan darah tinggi ].

Akan tetapi, mereka tidak memberikan penilaian terhadap bilangan tikus yang dijangkiti tekanan darah tinggi, ianya adalah kurang daripada setengah. Walaupun tikus-tikus tersebut diberikan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan garam yang tinggi namun ianya tidak menjadikan kesemua tikus menghidapi tekanan darah tinggi. Kesimpulannya ialah, majoriti penghidap penyakit tekanan darah tinggi adalah terdiri daripada golongan yang mewarisinya melalui keturunan.

FUNGSI DAN KEGUNAAN

1. Natrium Kandungan dalam darah dan bendalir. Berfungsi dalam mengawal tekanan larut. Membantu dalam melarutkan protein dan fungsi enzim.
2. Klorin Bergabung dengan Natrium dan terkandung dalam bendalir. Berfungsi dalam mengawal tekanan larut. Merupakan komponen tama dalam bendalir perut. Juga berfungsi dalam mengawal sistem saraf.
3. Kalium Terkandung dalam darah, otot, organ dan bendalir berfungsi dalam pencernaan dan metabolisma.
4. Magnesium Komponen pembentukan tulang. Terkandung dalam otot, otak, sistem saraf dan bendalir badan. Meningkatkan tindakbalas otak dan mengawal sistem saraf. Mengawal kealkalian dalam bendalir.
5. Kuprum Bergabung dengan Ferum untuk membentuk pikmen merah dalam darah dan juga merupakan komponen utama kepada enzim.
6. Ferum Berperanan dalam menghantar pigmen merah. 70 % Ferum terkandung dalam darah, selebihnya terkandung didalam hati.
7. Mangan Berfungsi bersama vitamin dan enzim. Meningkatkan pencernaan, menguatkan saraf dan tulang. Kekurangan akan membawa kepada pertumbuhan yang tidak sempurna pada tulang dan halangan seks.
8. Zink Bergabung dengan protein dan berfungsi dalam pertumbuhan DNA dan RNA. Apabila kekurangan berlaku ianya akan menghalang kepada pertumbuhan.
9. Arsenik Bahan berbahaya yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Kekurangannya akan menyebabkan anemia dan halangan pertumbuhan.
10. Kalsium Komponen utama dalam pembentukan tulang dan gigi. Berfungsi dalam membekukan darah dan mengawal fungsi jantung. Apabila kandungan kalsium tidak seimbang, metabolisma tulang akan menurun.
11. Plumbum Komponen utama dalam pembentukan tulang. 90 % terkandung dalam tulang. Berfungsi mengekalkan pH bendalir dan mengawal enzim.
12. Sulfur Berfungsi dalam pembentukan protein, bendalir, pundi hempedu, pertumbuhan rambut dan kuku.

Seperti tersenarai diatas, semua zat-zat yang membentuk garam buluh adalah semulajadi.

Disebabkan oleh tubuh manusia bukan mesin, maka kita tidak boleh menambah pelincir atau menukar skru semasa badan kita bermasalah. Kita perlu merawat badan kita berdasarkan cara yang fitrah, semulajadi.

Tujuan penerangan fakta sebegini bukanlah bermaksud menidakkan atau melemahkan penggunaan kaedah perubatan moden namun kita semua telah maklum tentang gejala akibat terlalu bergantung kepada teknologi dan ubat.

Garam bukan sahaja berguna dalam merawat banyak penyakit tetapi juga boleh meningkatkan stamina dan tenaga badan. Kalau kita boleh memanfaatkan penggunaan garam buluh secara sepenuhnya, bukankah kita telah mengambil langkah untuk mengembalikan kesihatan badan kita secara optimum dan semulajadi.

"Untuk Pedoman Kehidupan"

Artikel ini sudah sering diposting, akan tetapi bagi kaum muslim dimanapun berada agar tetap bersatu dan tidak terpecah belah serta tidak membuat perpecahan, maka mohon kiranya berkenan juga membaca, mengahayati dan sebagai bahan Renungan bagi kita bersama.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung – burung gurun enggan mengepakkan sayap, dan pagi itu, Rasulullah SAW dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih Nya, maka taati dan bertakwalah kepada Nya, Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku, Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku”. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar.ra, menatap mata itu dengan berkaca – kaca, Umar.ra, adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya, Usman.ra, menghela nafas panjang dan Ali.ra, menundukkan kepalanya dalam – dalam, Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba, “Rasulullah. SAW akan meninggalkan kita semua”, keluh hati semua sahabat kala itu, manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia, tanda – tanda itu semakin kuat, tatkala Ali.ra, dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah.SAW, yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik – detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah.SAW masih tertutup, sedang di dalamnya, Rasulullah.SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya, tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk ?”, tanyanya, tapi Fatimah. tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam”. kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu, kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku ?”

“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya”, tutur Fatimah lembut, lalu, Rasulullah.SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan, seolah – olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang, “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, Dialah malaikatul maut”, kata Rasulullah.SAW, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah.SAW, menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya, kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah..?”, tanya Rasululllah. SAW dengan suara yang amat lemah, “Pintu – pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu”, kata Jibril, tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah.SAW lega, matanya masih penuh kecemasan, “Engkau tidak senang mendengar khabar ini ?”, tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?”, “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : “Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya”. kata Jibril.

Detik – detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugasnya, perlahan ruh Rasulullah.SAW ditarik, nampak seluruh tubuh Rasulullah.SAW, bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”. perlahan Rasulullah.SAW mengaduh, Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka, “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu, “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal”, kata Jibril, sebentar kemudian terdengar Rasulullah.SAW, memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi, “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”, badan Rasulullah.SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi, bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, “peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.’ di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan, Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, ”Ummatii, ummatii, ummatiii ?’, “Umatku, umatku, umatku’, dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu, kini, mampukah kita mencintai sepertinya ? Allahumma Sholli ‘Ala Muhammad Wa Baarik Wa Salim ‘Alaihi. betapa cintanya Rasulullah.SAW. kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat – sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita, karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka,

QS.Al-Ahzab (33) : 56. yang artinya “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.

QS. At-Tahrim (66) : 6. yang artinya “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” .

QS. Al-Munafiqun (63) : 9.yang artinya “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.

QS.Al-Hasyr (59) : 18.yang artinya “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Sumber : http://groups. yahoo.com/ group/Taman2Syur ga/

13 July 2010

KANDUNGAN GB DAN KESANNYA

2.2 KANDUNGAN UTAMA DALAM GARAM BULUH DAN KESANNYA.

Kita ketahui sebelum ini bahawa garam semulajadi mempunyai kesan yang terbaik berbanding garam buatan yang murah di pasaran. Dengan itu terciptalah Garam Buluh.

Garam buluh kaya dengan kandungan zat dan mineral yang tidak dimiliki oleh garam buatan yang kin imenjadi amalan pemakanan kita. Berikut adalah penjelasan tentang kandungan zat yang terdapat didalam Garam buluh.

NATRIUM
Merupakan ion positif. 2/3 daripada kandungan Natrium terdapat didalam tulang dan gigi manusia dan bakinya didalam darah. Natrium berfungsi mengawal kealkalian bendalir dan juga mengawal tekanan keterlarutan serta meningkatkan fungsi sistem saraf dalam menghantar maklumat ( impuls ).

Natrium yang berlebihan akan menyebabkan penyakit berbahaya tetapi sekiranya berkurangan, ianya akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Pertama, tulang dan gigi akan menjadi rapuh seterusnya darah menjadi kurang. Apabila serius ianya akan menjadikan fungsi sel dan seks menjadi lemah. Selain itu kekejangan otot, rasa mual, muntah, cirit birit dan sakit kepada adalah antara tanda-tanda kekurangan Natrium.

KLORIN
Ion negatif, kandungan utama dalam otak, bendalir tulang sum-sum dan perut. Ianya menggunakan protein dalam perut untuk mengawal kuasa larutnya.

Kekurangan selera makan, ketidakhadaman, mual dan cirit-birit adalah kesan akibat daripada kekurangan klorin.

KALIUM
Kalium berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan mempercepatkan gabungan gula, hati dan protein.

Natrium merupakan musuh kepada penyakit tekanan darah tinggi. Apabila pengambilan Natrium berlebihan, Kalium akan menyingkirkan Natrium keluar daripada badan. Jika sebaliknya berlaku, fungsi Kalium akan menurun.

Tanda-tanda kekurangan kaliaum adalah berlakunya pengecutan otot dalam jantung dan sistem pernafasan, ketidakhadaman, sakit kepala, mual, muntah, cirit birit dan mudah pemarah.

KALSIUM
99% Kalsium bertujuan untuk mengekalkan dan menghasilkan tulang dan gigi. 1% akan menjadi ion positif yang larut dalam darah untuk membantu dalam pembekuan darah, penghasilan hormon, pembelahan sel ( sel division ), antibodi, meningkatkan penghantaran maklumat ( sistem saraf ) serta pembentukan susu ibu.

Kekurangan kalsium akan membawa kepada osteoporosis, tekanan darah tinggi, pengerasan arteri, keletihan, ketidakstabilan perasaan, kulit tidak cantik dan alergi.

MAGNESIUM
Magnesium berfungi untuk menghalang pembentukan batu karang dalam buah pinggang dan pun di hempedu serta meningkatkan fungsi otot dan sistem saraf.

Selain itu akibat daripada kekurangan magnesium adalah tanda-tanda seperti botak dan penyakit kulit. Risiko serangan jantung juga meningkat.

FERUM
Memainkan peranan penting dalam penggabungan sel darah merah dan pigmen merah. Fungsi pigmen merah adalah membawa oksigen. Jad, pigmen merah tidak dapat dihasilkan ketika kekurangan Ferum, maka berlakulah keadaan kekurangan oksigen dalam badan. Tanda-tanda seperti muka pucat, asma dan kesejukan adalah tanda yang muncul akibat daripada kekurangan FERUM.

Ferum merupakan mineral yang sukar diterima oleh badan terutamanya, wanita. Akibat daripada kehilangan darah yang banyak ketika haid, pengambilan Ferum wajarlah diambil perhatian.

Pengambilan ferum yang cukup akan meningkatkan antidbodi, menghilangkan keletihan serta mencegah anemia.

PLUMBUM
Berfungsi untuk mengekalkan dan menghasilkan tulang dan gigi, ianya juga berfungsi membantu metabolisma Kalsium. Kekurangan selera makan dan kesakitan sendi adalah disebabkan kekurangan Plumbum.

SULFUR
Mineral utama dalam penggabungan protein. Selain itu, Sulfur juga membantu dalam penghasilan hormon dan pengaktifan vitamin juga meneutralkan kesan dadah dalam badan. Ini dapat membantu menghalang daripada serangan virus. Sulfur juga adalah faktor utama dalam pembentukan insulin dan bendalir dalam pundi hempedu.

Kekurangan sulfur akan menyebabkan badan menjadi lemah, berlakunya masalah penghadaman dan halangan dalam pertumbuhan.

LEMAK BULUH
Sejak daripada dahulu, penduduk Jepun telah menggunakan buluh untuk menyimpan makanan. Daun buluh berfungsi untuk membasmi kuman.

Lemak buluh berfungsi untuk menurunkan suhu badan.

TANAH
Seperti yang kita ketahui, tanah membekalkan kandungan zat bagi tanaman. Apabila berlakunya kemarau, selepas kehabisan semua bekalan makanan, manusia boleh makan tanah. Tanah boleh dimakan dan dapat membantu mengekalkan suhu badan.

Tanah yang digunakan dalam penghasilan garam buluh dari Korea, adalah tanah yang sangat baik dan berfungsi mengurangkan cirit birit dan sakit perut.

Semasa penghasilan Garam Buluh, tanah kuning digunakan menyaluti mulut buluh yang telah diisikan garam. Selepas proses pembakaran, kandungan zat dalam tanah akan menyerap ke dalam garam.

LEMAK POKOK PAIN
Berfungsi dalam menjaga organ dalaman dan mengurangkan demam serta mempunyai kesan yang baik dalam pembasmian kuman.

Proses penghasilan garam buluh juga menggunakan lemak pokok pain yang disapu dipermukaan buluh, selain daripada meningkatkan suhu, ianya juga berfungsi dalam penyerapan zat berguna ke dalam garam.

TERAPI MENURUT PENYAKIT

2.1 TERAPI MENURUT PENYAKIT

Garam buluh mempunyai banyak kelebihan kerana ianya berasaskan semulajadi. Garam Buluh yang diamalkan dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit, antaranya :

1. Penyakit Organ Dalaman Gastrik, ulser dalam duodenum, kanser hati
2. Kanser Kanser hati, kanser esofagus, kanser lidah, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payu dara, kanser uterus, kanser rektum, kanser usus, tumor.
3. Penyakit berkaitan Pernafasan Tracheitis ( Trakea ), Pneumonia, asma
4. Penyakit yang boleh tersebar Cacar, culosis
5. Penyakit kulit Campak, Ekzema, ruam panas, jerawat, tumor dan kaki berbau.
6. Penyakit Berbahaya Tekanan Darah Tinggi, Diabetes
7. Penyakit Mata Katarak, Glukoma, membrane.
8. Penyakit Telinga dan hidung. Hidung dan telinga bernanah
9. Lain-lain Kerosakan gigi, selsema, strok, luka akibat terbakar, buasir, cirit-birit dan badan berbau.


Di Korea, garam buluh digunakan untuk menghilangkan bau mulut, badan, masalah kemurungan ( depressed ) dan keracunan makanan. Keberkesanan garam buluh adalah terbaik bagi membantu merawat semua jenis penyakit yang tersenarai diatas.

Kebiasaannya, kita tidak bertanya kepadaa doktor tentang tujuan ubat yang diberikan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa keberkesanan ubat yang diberikan dapat dilihat dalam masa seminggu. Berdasarkan kadar penyembuhan penyakit yang dialami doktor seterusnya akan menyarakan sama ada dos perlu dikurangkan, ditambah atau pertukaran jenis ubatan.

Ini adalah ubat yang dihasilkan berdasarkan penyakit dan hanya pakar perubatan dan kajian dapat mengingati setiap fungsi ubatan yang dihasilkan.

Garam buluh adalah dikecualikan. Garam buluh sesuai digunakan untuk membantu merawat kebanyakkan jenis penyakit. Walaupun cara dan dos pengambilan Garam Buluh adalah berbeza mengikut penyakit, namun ianya tidak memerlukan sebarang ubatan lain dan jangkamasa pengambilan tidak terhad.

Penggunaan Garam Buluh dalam terapi telah dilakukan dalam banyak kes tetapi belum digunakan secara meluas oleh itu jangkamasa kesannya tidak dapat ditentukan secara tepat, seperti “2-3” hari atau “satu minggu”

Selain itu, perbezaan tahap penyakit, jantina, umur, kesihatan badan dan sifat badan juga merupakan faktor yang perlu diberikan perhatian. Perbincangan akan diteruskan dalam Bab 5 yang bakal membincangkan pengalaman para pesakit. Pembaca juga boleh menjadikan Bab 5 sebagai rujukan.

12 July 2010

RAHSIA & KEUNIKAN GARAM

1.9 RAHSIA & KEUNIKAN GARAM BULUH

Sekarang kita telah ketahui bahawa Garam Buluh dihasilkam melalui pembakaran buluh dapat membantu merawat masalah ketidakhadaman dengan mengambil sesudu garam bulh dan diletakkan ke dalam mulut. Ini dapat meningkatkan fungsi sistem penghadaman kita. Selain itu, ianya juga dapat digunakan untuk mencuci luka dan mata bagi meningkatkan tahap penglihatan.

Dalam deria rasa lidah manusia, masin merupakan rasa terpenting. Dengan itu, kentang goreng, makanan yang diawet, cip kentang, sos, kicap dan lain-lain diletakkan garam supaya ianya menjadi lebih enak selain tahan lama.

Namun demikian, kebanyakkan penyakit dewasa ini berpunca daripada pengambilan garam yang berlebihan maka kita perlu mengawal cara pemakanan kita. Ini adalah disebabkan garam yang digunakan di pasaran merupakan garam buatan yang kita memang sedari, amat merbahaya. Selain daripada tabiat pemakanan dan kekurangan senaman, punca utama penyakit adalah disebabkan oleh garam yang dimakan.

Garam, contohnya yang digunakan di negara Jepun, Amerika tidak ketinggalan Malaysia adalah garam buatan yang mempunyai kandungan Zink yang kurang. Zink adalah bertujuan untuk meningkatkan fungsi insulin. Di Amerika, 1 daripada 3 orang rakyatnya adalah pengidap DIABETES !

Apakah dengan menukar pengambilan garam daripada garam buatan kepada garam semulajadi kita dapat mencegah pelbagai penyakit yang merbahaya dewasa ini ?

Garam semulajadi mempunyai kesan yang berbeza berdasarkan cara pemprosesan dan tempat ianya diproses.

Dengan itu, harapan kita dapat direalisasikan dengan Garam Buluh.

Ketika sukan olimpik Seoul 1988 di Korea, garam buluh digunakan secara meluas dalam masakan yang dibekalkan kepada semua peserta, pegawai dan pengunjung. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Semua hotel bertaraf mewah telah menggantikan garam buatan kepada garam buluh walaupun berlakunya peningkatan kos.

Adakah anda berani menjimatkan wang yang sedikit demi meningkatkan risiko kesihatan anda terhadap penyakit-penyakit yang dibincangkan sebelum ini ?

Semua orang perlukan kesihatan dan bukanlah kesakitan.

Semenjak akhir-akhir ini garam semulajadi telah mula mendapat sambutan yang baik. Namun begitu. Makanan yang dijual di pasaran masih lagi menggunakan garam buatan. Oleh itu hendaklah kita mempastikan hanya makanan yang dicampurkan garam buluh sahaja sesuai untuk kita nikmati.

Garam buluh merupakan sejenis bahan makanan tradisional cukup bermanfaat dan telah diamalkan semenjak ribuan tahun lampau oleh negara Korea.

Seterusnya kita akan membincangkan tentang keistimewaan garam buluh dalam bab-bab berikutnya.

PROSES PEMBUATAN

1.8 PROSES PEMBUATAN GARAM BULUH

Garam buluh yang dibakar berulang kali akan berubah warna daripada putih kepada kelabu. Pada setiap pembakaran, lemak pokok pain akan disapukan dibahagian atas buluh bertujuan meningkatkan suhu melebihi 1000oC dicapai. Apabila suhunya mencapai beberapa ribu darjah celcius, garam akan mengalir keluar dan berkumpul dibawah kawah. Larutanya akan membeku. Kemudianya garam tersebut diproses menjadi serbuk halus. Fizikal garam buluh yang dihasilkan adalah sama dengan garam garam buatan, namun ianya memerlukan masa dan tenaga untuk dihasilkan.
Garam yang diambil daripada pesisir pantai Korea dibakar berulang kali untuk mengeluarkan kandungan logam berat dan toksin yang berada didalamnya.

Pada setiap pembakaran, bahan yang merbahaya akan berkurangan dan bahan berfaedah semakin bertambah, akhirnya kandungan sulfur dalam buluh akan dapat diserap.

Jumlah Pembakaran 1 3 6 9

Natrium 37.4 35.7 35.6 36
Klorin 57.7 57.4 57.7 57.5
Kalium 0.22 0.37 0.41 1.41
Kalsium 0.49 0.43 0.41 0.50
Magnesium 0.73 1.11 1.10 0.75
Ferum 0.0054 0.0058 0.0072 0.079
Mangan 0.0012 0.0016 0.0024 0.0049
Zink <0.0001 0.00022 0.00027 0.0023
Kuprum <0.0001 <0.0001 <0.0001 <0.0001
Arsenik <0.00001 <0.0001 <0.0001 <0.0001
Fosforus <0.01 <0.01 <0.01 <0.01
Silikon 0.11 0.11 0.13 0.56
Plumbum <0.00005 <0.00005 <0.00005 <0.00005
Germanium <0.00001 <0.00001 <0.00001 <0.00001
Sulfur 0.86 0.88 0.78 0.86

GARAM BULUH

1.7 GARAM SEMULAJADI, BIO SALT ( GARAM BULUH )

Sejak 1500 tahun yang lalu, negara Korea telah memulakan proses menghasilkan garam buluh. Garam semulajadi diambil daripada lautan, dimasukkan ke dalam buluh, dilitupi dengan tanah liat kemudiannya dibakar. Hasil daripadanya digunakan untuk pelbagai jenis produk lain antaranya ubat gigi dan ubat bagi membantu masalah penghadaman.

Proses penghasilan garam buluh ini menggunakan bahan semulajadi sahaja tanpa bahan kimia. Buluh berusia 3 tahun dipotong melintang mengikut urutan ruasnya, garam lautan diisi penuh ke dalam buluh dan ditutup dengan lapisan tanah liat yang diambil 20 meter dari dalam tanah.

Garam buluh yang siap menjalani proses ini akan dibakar didalam ketuhar yang besar. Pembakaran hanya menggunakan kayu pokok pine tanpa menggunakan gas. Pokok pine digunakan kerana mempunyai lemak yang baik bagi meningkatkan nilai ubatan garam buluh.

Apabila garam dan buluh yang dibakar tadi hancur menjadi debu, ianya melarut menjadi ketukan berbentuk silinder, dibersihkan, seterusnya dimasukkan lagi ke dalam buluh dan dilitupi tanah liat kemudian dibakar sehingga proses ulangannya mencapai sehingga 9 kali.

Inilah cara penghasilan garam semulajadi, garam buluh, BIOSALT !

AKIBAT KEHILANGAN GARAM

1.6 KESAN AKIBAT KEHILANGAN GARAM SEMULAJADI

Pada tahun 1971, kerajaan telah menggubal undang-undang bertujuan untuk meningkatkan pemodenan dalam negara. Menurut undang-undang ini, penghasilan garam semulajadi yang dihasilkan secara tradisional telah dihentikan.

Garam buatan yang mempunyai 100 % Natrium Klorida mula menjadi garam pilihan untuk kegunaan dalam masakkan.

Garam merupakan keperluan harian maka harganya dikawal oleh pihak kerajaan ini bagi membolehkan semua orang berkeupayaan menggunakannya. Berdasarkan permintaan dan keperluan yang tinggi maka garam buatan dihasilkan. Penghasilan garam semulajadi dihentikan kerana ianya mengambil masa 1-2 minggu untuk dihasilkan. Berbanding garam buatan, garam semulajadi bukan sahaja mengambil masa yang panjang juga kos yang tinggi kerana keseluruhan prosesnya dilakukan menggunakan tenaga manusia.

Penggunaan garam buatan telah membawa kepada kemunculan beberapa jenis penyakit kulit dan penyakit-penyakit lain yang sukar dirawat.

Pakar-pakar perubatan telah memerhatikan garam semulajadi dan mencipta sejenis sari laut untuk merawat penyakit-penyakit baru yang muncul.

Selepas penswastaan Jabatan Pengawalan di Jepun, garam semulajadi telah mula dijual. Garam-garam tersebut diimport daripada Australia dan Mexico antaranya. Ianya juga bukanlah garam semulajadi kerana mempunyai campuran garam buatan dan mineral namun kualitinya lebih baik daripada garam buatan.

Kini, garam semulajadi telah dihasilkan secara komersial. Penghasilannya adalah disebabkan oleh keperluan dan kemampuannya membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya adalah garam semulajadi dari Korea.

ASAL KEJADIAN

1.5 KEWUJUDAN MANUSIA

Sel tunggal merupakan asas kepada bayi dalam uterus ibu. Kemudian sel ini bercambah dengan banyak dan membentuk organ-organ badan bayi yang lain. Apabila pembentukan organ hampir sempurna maka ianya akan dilahirkan.

Bendalir Amniotic dalam uterus akan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak sebelum kita dilahirkan. Amniotic ini merupakan bahan yang tidak boleh dikecualikan apabila bayi berada dalam perut ibunya. Bendalir Amniotic mempunyai kandungan zat yang menyerupai air laut, selain daripada Natrium dan klorin, terdapat jugak kalium dan mineral lain.

Kesimpulannya, kita berasal daripada lautan, dan air laut amat penting untuk kita.

Bagi mereka yang menolak fakta ini dan masih lagi menidakkan keunikan garam semulajadi berbanding garam buatan, mereka ini akan mudah menghidapi penyakit kerana melalui perbincangan kita sebelum ini, telah diketahui bahawa garam yang kita gunakan kini tidak selamat dan merbahaya, sodium chloride, garam kimia !

sambungan...

 Mencantikkan Kulit
Mengurut muka bersama garam semulajadi akan menghindarkan bintik hitam dan jerawat. Kerana ianya akan membersihkan muka dan mengeluarkan kotoran melalui peluh.

Sekiranya garam semulajadi disapukan kepada kulit selama 2-3 hari, kita akan dapati kulit menjadi lebih licin dan cantik.

 Masalah Kaki berbau
Ianya berpunca daripada kuman dan parasit pada kulit. Ini biasa berlaku kepada kaki yang mudah berpeluh atau pemakaian kasut sepanjang hari pembiakan kuman berlaku dalam keadaan lembab.

Sejak zaman dahulu lagi,, manusia menggunakan garam untuk membasmi kuman. Sayuran dan ikan diawet menggunakan garam untuk tahan lebih lama.

Kita boleh sapukan garam semulajadi kepada kaki yang berbau, selepas 2-3 minit, bersihkan. Amalkan selama seminggu, kaki tidak akan berbau lagi.

Melalui perbincangan dan penerangan diatas, kita dapat memahami keistimewaan garam semulajadi. Walaupun penerimaan masyarakat yang biasa menggunakan garam buatan adalah sukar, namun apa yang dipersembahkan adalah fakta yang tidak mungkin dapat disanggah kebenarannya.

Pada abad ini, perubatan tradisional Cina mendapat sambutan dan semakin mendapat perhatian daripada dunia perubatan barat. Ini disebabkan oleh tiada penemuan baru terhasil daripada kajian perubatan barat. Tambahan pula kesan daripada perubatan barat hanya dapat disahkan selepas menjalani pelbagai kajian dan ujian. Dalam tempoh ini, sudah pastinya ramai pesakit runsing tentang keadaan kesihatan masing-masing.
Cara penyelesaian pertama adalah bergantung kepada penemuan ubat baru yang tidak diketahui keberkesanannya, dan cara penyelesaian kedua adalah makanan daripada alam semulajadi untuk memperbaiki kesihatan badan.

Sekiranya anda menghidapi penyakit, cara penyelesaian yang manakah menjadi pilihan anda ?

Pengambilan ubat-ubatan akan pastinya membawa kesan sampingan. Semakin tinggi kesan terhadap badan semakin tinggi jugalah kesan sampingan yang bakal kita hadapi.

Garam semulajadi boleh disifatkan sebagai mengandungi unsur ubatan. Amalan dan cara penggunaan pada dos yang betul tidak akan membawa apa-apa kesan sampingan. Jika terdapat kesan sampingan, maka ianya merupakan kesan sampingan yang baik. Garam semulajadi tidak akan membawa sebarang kesan sampingan kepada semua penyakit. Kenapa ini boleh terjadi ?

Ini adalah disebabkan semua kehidupan di bumi berasal daripada lautan.

05 July 2010

KESAN GARAM DALAM TUBUH BADAN

1.3 KESAN GARAM TERHADAP SISTEM BADAN MANUSIA

Mari kita lihat beberapa kesan garam semulajadi terhadap beberapa jenis penyakit.

 Penyakit kulit kering
Sabun tidak berfungsi secara total untuk mengatasi masalah kekeringan kulit. Garam semulajadi dapat membantu mengatasi masalah ini. Caranya ialah dengan melarutkan garam ke dalam air, rendamkan tuala kecil kemudian sapukan di bahagian berkaitan. Selepas 2-3 minit, cucikan bersama air bersih.

Gunakan larutan yang rendah dan dipertingkatkan selepas beberapa kali. Di samping itu meminum larutan garam sebanyak 3 kali sehari selama seminggu akan menghentikan kegatalan kulit dan selepas 6 bulan penyakit ini akan sembuh sepenuhnya.

 Kekejangan bahu dan kebas belakang leher

Penyakit ini jika berlarutan akan membawa kepada sakit kepada dan muntah-muntah, oleh itu, sapukan garam semulajadi dibahagian belakang badan. Selepas 5 minit peluh dan juga bahan buangan yang terkumpul di bahagian ini akan diserap oleh garam semulajadi.

Dilakukan beberapa kali, masalah ini akan berkurangan dan dalam masa yang sama sistem peredaran darah akan diperbaiki. Menghindarkan daripada selsema dan tekanan darah tinggi.

 Penurunan nilai glukosa dalam darah
Insulin yang dihasilkan oleh pankreas berfungsi membawa glukosa yang larut dalam darah ke seluruh sel. Apabila nilai glukosa dalam darah bertambah, kita akan mengalami kekurangan insulin dan glukosa akan berkumpul didalam darah.

Apabila nilai glukosa terlalu tinggi, glukosa akan dikeluarkan melalui pembuangan air kencing dan ini adalah punca utama DIABETES atau kencing manis. Dengan ini kita mengetahui bahawa insulin merupakan faktor utama dalam mengawal nilai glukosa dalam darah. Garam semulajadi mengandungi ZINK yang boleh meningkatkan fungsi insulin. Selepas garam buatan digantikan dengan garam semulajadi dalam masakan harian, dalam tempoh 2 hingga 3 bulan nilai glukosa akan kembali berada pada tahap normal.

 Tekanan darah tinggi
Antara kesan garam semulajadi ialah menstabilkan tekanan darah. Natrium merupakan faktor penyebab bagi tekanan darah tinggi, kandungan Kalium yang tinggi dalam garam semulajadi dapat menyingkirkan Natrium daripada badan. Ini kerana natrium yang tinggi akan menyebabkan arteri menjadi keras ini akan menyukarkan aliran darah dan oksigen ke seluruh badan terutamanya bahagian otak. Oleh itu penggunaan garam semulajadi menggantikan garam buatan adalah keputusan terbaik.

 Hepatitis ( Penyakit berkaitan hati )
Hepatitis-A merupakan penyakit yang menjangkiti melalui makanan dan juga perkakasan makanan dan ianya mudah disembuhkan. Hepatitis-B adalah penyakit yang disebabkan oleh transfusi darah, suntikan dan juga hubungan kelamin yang membawa masuk virus ke dalam system badan. Hepatitis-B tergolong dalam jenis penyakit kronik. Sembelit merupakan musuh utama kepada penyakit hati. Hepatitis A boleh bertukar kepada Hepatitis B sekiranya tidak dirawat, hati boleh menjadi keras.

avandia lawsuit