05 July 2010

KESAN GARAM DALAM TUBUH BADAN

1.3 KESAN GARAM TERHADAP SISTEM BADAN MANUSIA

Mari kita lihat beberapa kesan garam semulajadi terhadap beberapa jenis penyakit.

 Penyakit kulit kering
Sabun tidak berfungsi secara total untuk mengatasi masalah kekeringan kulit. Garam semulajadi dapat membantu mengatasi masalah ini. Caranya ialah dengan melarutkan garam ke dalam air, rendamkan tuala kecil kemudian sapukan di bahagian berkaitan. Selepas 2-3 minit, cucikan bersama air bersih.

Gunakan larutan yang rendah dan dipertingkatkan selepas beberapa kali. Di samping itu meminum larutan garam sebanyak 3 kali sehari selama seminggu akan menghentikan kegatalan kulit dan selepas 6 bulan penyakit ini akan sembuh sepenuhnya.

 Kekejangan bahu dan kebas belakang leher

Penyakit ini jika berlarutan akan membawa kepada sakit kepada dan muntah-muntah, oleh itu, sapukan garam semulajadi dibahagian belakang badan. Selepas 5 minit peluh dan juga bahan buangan yang terkumpul di bahagian ini akan diserap oleh garam semulajadi.

Dilakukan beberapa kali, masalah ini akan berkurangan dan dalam masa yang sama sistem peredaran darah akan diperbaiki. Menghindarkan daripada selsema dan tekanan darah tinggi.

 Penurunan nilai glukosa dalam darah
Insulin yang dihasilkan oleh pankreas berfungsi membawa glukosa yang larut dalam darah ke seluruh sel. Apabila nilai glukosa dalam darah bertambah, kita akan mengalami kekurangan insulin dan glukosa akan berkumpul didalam darah.

Apabila nilai glukosa terlalu tinggi, glukosa akan dikeluarkan melalui pembuangan air kencing dan ini adalah punca utama DIABETES atau kencing manis. Dengan ini kita mengetahui bahawa insulin merupakan faktor utama dalam mengawal nilai glukosa dalam darah. Garam semulajadi mengandungi ZINK yang boleh meningkatkan fungsi insulin. Selepas garam buatan digantikan dengan garam semulajadi dalam masakan harian, dalam tempoh 2 hingga 3 bulan nilai glukosa akan kembali berada pada tahap normal.

 Tekanan darah tinggi
Antara kesan garam semulajadi ialah menstabilkan tekanan darah. Natrium merupakan faktor penyebab bagi tekanan darah tinggi, kandungan Kalium yang tinggi dalam garam semulajadi dapat menyingkirkan Natrium daripada badan. Ini kerana natrium yang tinggi akan menyebabkan arteri menjadi keras ini akan menyukarkan aliran darah dan oksigen ke seluruh badan terutamanya bahagian otak. Oleh itu penggunaan garam semulajadi menggantikan garam buatan adalah keputusan terbaik.

 Hepatitis ( Penyakit berkaitan hati )
Hepatitis-A merupakan penyakit yang menjangkiti melalui makanan dan juga perkakasan makanan dan ianya mudah disembuhkan. Hepatitis-B adalah penyakit yang disebabkan oleh transfusi darah, suntikan dan juga hubungan kelamin yang membawa masuk virus ke dalam system badan. Hepatitis-B tergolong dalam jenis penyakit kronik. Sembelit merupakan musuh utama kepada penyakit hati. Hepatitis A boleh bertukar kepada Hepatitis B sekiranya tidak dirawat, hati boleh menjadi keras.

No comments:

Post a Comment

avandia lawsuit