14 July 2010

GARAM DAN TEKANAN DARAH TINGGI

2.3 HUBUNGAN PENGAMBILAN GARAM DAN TEKANAN DARAH TINGGI

Semenjak tekanan darah tinggi dan pengambilan garam dikaitkan secara serius, kebanyakkan negara-negara diseluruh dunia telah menggantikan tabiat pemakanan dengan mengurangkan garam.

Adakah fakta dan cara ini benar ?

Pakar dalam bidang tekanan darah dan jantung dari Jepun memberikan pendapat berdasarkan kajian beliau iaitu 100 orang yang mengurangkan pengambilan garam demi menurunkan tekanan darah hanya 2-3 orang sahaja yang berjaya. Bakinya adalah penghidap penyakit tekanan darah tinggi yang tidak bergantung dengan garam.

Hasil daripada pengurangan pengambilan garam hanya membawa penurunan sebanyak 1-2 µm daripada 100 µm tekanan darah. Paksaan terhadap penurunan tekanan darah hanya akan membawa kesan yang lebih buruk.

Formula [ Penghidap Tekanan Darah Tinggi = Kurangkan pengambilan garam ] adalah keputusan hasil daripada ujikaji yang dijalakan terhadap tikus. Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Amerika.

Beliau telah memberikan 20g – 30g garam kepada 10 ekor tikus dengan melarutkan garam dalam air minuman berkepekatan 0.01%. Selepas 6 bulan, didapati 4 ekor tikus telah dijangkiti tekanan darah tinggi.

Keputusan daripada ujikaji ini telah mempengaruhi kajian seterusnya. Seorang pakar telah menjalankan ujikaji berkaitan hubungan antara kuantiti pengambilan garam dan bilangan penduduk yang menjangkiti tekanan darah tinggi di Jepun. Beliau telah mendapat keputusan bahawa [ kuantiti pengambilan banyak = tekanan darah tinggi ].

Akan tetapi, mereka tidak memberikan penilaian terhadap bilangan tikus yang dijangkiti tekanan darah tinggi, ianya adalah kurang daripada setengah. Walaupun tikus-tikus tersebut diberikan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan garam yang tinggi namun ianya tidak menjadikan kesemua tikus menghidapi tekanan darah tinggi. Kesimpulannya ialah, majoriti penghidap penyakit tekanan darah tinggi adalah terdiri daripada golongan yang mewarisinya melalui keturunan.

No comments:

Post a Comment

avandia lawsuit