14 July 2010

TERAPI GARAM

Terapi Mengurangkan Garam

Tekanan darah dibahagikan kepada 2 jenis, Pertama diwarisi daripada keturunan dan kedua, daripada masalah buah pinggang, perubahan hormon atau kegemukan.

90 % daripada pesakit tekanan darah tinggi adalah daripada golongan yang pertama. Ianya tidak boleh diturunkan atau disembuhkan dengan mengurangkan pengambilan garam.

10 % lagi adalah daripada golongan kedua. Bagi golongan ini, pengurangan pengambilan garam memberikan kesan buat mereka.

Garam buatan tidak mengandungi kalium yang dapat mengawal tekanan darah tinggi berbanding garam buluh selain kaya dengan dengan berbagai mineral yang lain.

Mari kita bincangkan sedikit tentang keburukan mengurangkan pengambilan garam.

Garam merupakan mineral yang amat penting dalam mengekalkan tenaga untuk badan, kita perlu mengawal kandungan garam dalam badan kita.

Kekurangan garam akan memberikan masalah pada badan. Manusia terbentuk daripada sel. Untuk membolehkan sel berfungsi secara optimum, vitamin dan garam diperlukan.
2 tanda kekurangan garam adalah :

1. Kekurangan tenaga.
2. Lemah
3. Keletihan

Mengurangkan pengambilan garam akan menjadikan kita sentiasa berasa keletihan dan mengantuk. Apabila ianya semakin serius, kita akan berasa kebas seluruh badan.

Kesimpulan daripada pengurangan pengambilan garam untuk merawat atau mencegah darah tinggi akan membawa kesan sebaliknya. Kita mungkin membahayakan kesihatan kita dan keluarga.

Ini disebabkan garam merupakan komponen utama dalam badan kita. Seorang askar Filipina tidak makan dan minum selama beberapa hari telah sampai ke pinggir sebuah pantai. Apa yang dia lakukan ? Berenang ? Menangkap ikan ? Atau mencari rumpai laut untuk dimakan ?

Sebenarnya dia minum air laut sehingga kenyang. Keadaan ini sukar untuk digambarkan. Kita pernah terminum air laut dan rasanya amat masin. Tetapi bagi mereka yang kelaparan dan kehausan, air laut merupakan makanan dan minuman yang cukup enak !

Ini kerana air laut mengandungi garam dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Nasihat kami, hentikan pengambilan garam buatan yang murah tetapi mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan, bertukarlah kepada Garam buluh Hai-O Biosalt, kerana ianya adalah garam sebenar yang badan perlukan, dan ianya juga adalah titik permulaan kepada penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

No comments:

Post a Comment

avandia lawsuit